Home »
Politik
» PRK Teluk Intan : Foto Lim Kit Siang Menipu Ahli Dap Sejak 1969...
PRK Teluk Intan : Foto Lim Kit Siang Menipu Ahli Dap Sejak 1969...

Tujuan DAP meletakkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei akan datang sudah pasti untuk memperkenalkan muka baru sebagai antara barisan muka baru orang muda di dalam partinya.
Dalam pada memperkenalkan muka baru dalam kalangan Ahli Parlimen, mungkin Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak menyedari bahawa beliau tidak pernah diubah ataupun mahu berubah.
Maksudnya ialah beliau tidak pernah memikirkan mahu berundur dengan bersara dari politik sejak tahun 1969 lagi.
Jika dihitung bilangan Presiden Umno sejak tahun 1969, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Presiden keenam selepas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum Abdullah, Umno dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Jika diletakkan rangkaian masa menunjukkan transformasi dan perubahan kepimpinan di pihak Umno, sudah pasti kita dapat melihat pertukaran dari satu pihak ke satu pihak dalam memberikan perubahan baru kepada corak perjalanan parti.
Bagaimanapun di pihak DAP, jika diletakkan rangkaian masa hanya dipenuhi muka Lim sejak dari mula.
Mungkinkah itu sebabnya, perjuangan dan perjalanan serta matlamat parti DAP tidak berubah sejak dari dahulu iaitu mencipta serta menyemarakkan kebencian rakyat Malaysia kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
Jadi, eloklah diletakkan calon yang dilihat muda dan cantik seperti Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pada PRK itu nanti.
Itupun calon ada kena mengena dengan Lim kerana Dyana merupakan Setiausaha Politik kepada Lim.
Bila agaknya gambar Lim di rangkaian gambar pemimpin DAP akan berubah?
- MYNEWSHUB.MY
Post a Comment