Home » , » PM Nafi Kabinet Gugur Ruangan Kaum, Menteri Mohon Maaf

PM Nafi Kabinet Gugur Ruangan Kaum, Menteri Mohon Maaf

Written By Unknown on 08/05/2014 | 11:59 am

najibdr

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menafikan Kabinet ada membuat keputusan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Najib berkata, Kabinet sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada.

Ianya bertujuan memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.

“Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping, Khamis.

Selain itu katanya, Kabinet juga tidak buat keputusan mansuhkan butiran agama dalam borang rasmi kerajaan.

Sehubungan itu, Najib berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memperbetulkan kenyataannya yang disiarkan media hari ini selain memohon maaf atas kesilapan itu.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Belaun yang mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.

Share this article :

+ comments + 1 comments

5/08/2014 12:03 pm

Tiada apa lagi kita nak hrp kpd parti politik baik yg kiri atau kanan. Marilah kita kembali kpd Allah dan menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Allah lah sebaik2 tempat bergantung. Mari kita ramai2 buat dakwah. Semoga Allah ubah nasib umat ini

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger