Keputusan kerajaan memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan kerana dianggap tidak perlu ketika melakukan urusan rasmi amat mengejutkan dan mengecewakan bangsa Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu sebelum ianya ditukar nama kepada Malaysia.
Bangsa Melayu merupakan pengundi utama Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini. Hakikatnya bangsa Cina boleh dikatakan langsung tidak mengundi Barisan Nasional. Maka dengan itu tindakan kerajaan memansuhkan ruangan kaum di dalam borang rasmi seolah-olah cuba mencari “penyakit” dalam PRU14 yang akan datang.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun menjelaskan bahawa borang yang dihapuskan ruangan kaum antaranya borang permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan pasport dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). Kononnya ruangan kaum dalam borang ini tidak mempunyai nilai tambah kononnya dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan budaya pelbagai kaum di negara kita.
Seterusnya baca di SINI
Post a Comment