Home » » HUDUD : MCA Gertak Keluar BN?

HUDUD : MCA Gertak Keluar BN?

Written By Unknown on 08/05/2014 | 9:59 am

TIMBALAN Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.

“Kalau berlaku (Umno sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN.

“Kita tidak akan sokong hudud PAS,” kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut, di Shah Alam hari ini.

Wee menjawab soalan oleh moderator Maszlee Malik yang bertanya sekiranya MCA akan bersama Umno dalam BN, memandangkan parti tersebut membuka ruang kepada PAS untuk nembentangkan rang undang-undang di parlimen.

Wee menegaskan, Umno tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut.

Pada 28 April lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum PAS bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sehari sebelum itu.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong PAS dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara. –MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger