Home » , » HUDUD : Doktor Tidak Boleh Terlibat !

HUDUD : Doktor Tidak Boleh Terlibat !

Written By Unknown on 06/05/2014 | 8:33 pm


Saya menerima beberapa pertanyaan dari sahabat-sahabat saya berkenaan dengan Kenyataan Media oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) tentang hudud. Malah ada surat terbuka dari individu yang biadap menggesa Presiden Malaysian Medical Council (MMC) agar campur tangan dalam polimik hudud ini seperti link di bawah. Saya sudahpun menjawab semalam dan jawapannya adalah tetap sama.

MMA tidak perlu sibuk untuk komen tentang isu ini dan MMC tidak ada keperluan utk melayan desakan puak-puak yang ada agenda tersembunyi seperti penulis surat malaysiakini ini. Berikut saya copy paste semula jawapan saya, DrAbdurrahman Abdul Kadir :


HUDUD: KENYATAAN PRESIDEN MALAYSIAN MEDICAL ASSOCIATION (MMA) DISANGGAH!

Saya terbaca satu laporan berita yang mana Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr NKS Tharmaseelan telah mengeluarkan kenyataan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi para doktor terlibat di dalam perlaksanaan hukum hudud seperti memotong tangan utk kesalahan mencuri.
Kedudukan beliau sebagai seorang doktor bukan Islam, membuatkan saya faham bahawa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa mengkaji dan memahami prinsip keadilan dan tuntutan perlaksanaan hukum syariah.

Sememangnya adalah menjadi satu kesalahan dalam etika seorang doktor jika memotong/membuang mana-mana anggota badan yang normal dan tidak berpenyakit. Doktor hanya membuang (amputate) anggota badan yang berpenyakit dan tidak dapat diselamatkan lagi. Ini difahami dan diamal oleh semua doktor perubatan yg beretika seluruh dunia.

Namun demikian, Dr Tharmaseelan sewajarnya merujuk kepada perlaksanaan hudud oleh negara-negara yang telahpun secara tradisi berjaya mengamalkan hudud seperti Arab Saudi.

Saya berpendapat Dr Tharmaseelan tidak mengkaji perlaksanaan hudud di Saudi atau mungkin beliau sekadar menjawab persoalan wartawan tentang kemungkinan keterlibatan doktor untuk memotong tangan pesalah.
Ada juga kemungkinan kenyataannya dipetik di luar konteks oleh media yang memang terkenal memutarbelitkan kenyataan ramai atas agenda stakeholder mereka. Saya tidak tahu.

Sebenarnya tidak ada keperluan doktor utk memotong tangan pesalah yang sabit kesalahan hudud. Di Saudi potongan dilakukan oleh 'profesional executioner' dan bukan oleh doktor perubatan atau pakar bedah. Setelah dipotong, bantuan kecemasan utk menahan pendarahan akan serta merta diberikan termasuk compression bandage dan torniquet. Pesalah akan terus dikejarkan ke hospital utk menerima rawatan doktor sesudah hukuman dijalankan. Jadi etika doktor tidak dilanggar langsung yang mana doktor tidak terlibat membuang anggota badan yg normal. Doktor hanya terlibat utk merawat kecederaan yang sudahpun dijatuhkan atas perintah mahkamah yang sah setelah kesemua proses keadilan dan rayuan diberikan kepada pesalah seadil-adilnya.

Ia sama situasinya seperti keadaan sekarang di mana seorang doktor dikehendaki merawat punggung pesalah yg koyak rabak akibat dihukum sebat dengan rotan atas kesalahan rogol menurut undang-undang civil.

Justeru itu, tidak ada kesalahan yang melanggar tatacara dan etika seorang pengamal perubatan seandainya hudud dilaksanakan di negara ini. Doktor hanya terlibat merawat kecederaan yang sudah berlaku yang mana ia adalah sah dari segi undang-undang.

Saya memuji Malaysia Medical Council (MMC) yang jauh lebih matang dengan tidak mengulas isu hudud ini atas prinsip mengelakkan pandangan spekulatif, persepsi negatif dan polemik politik.

Apapun, saranan YAB TPM untuk mewujudkan jawatankuasa teknikal hudud kebangsaan adalah amat perlu bagi melicinkan proses perlaksanaan dan menangkis pandangan serong terhadap Hukum Allah ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger