Home » » Walaupun Di Kecam Warga China #MH370, Shiela Hamzah Mara Ke Final !!

Walaupun Di Kecam Warga China #MH370, Shiela Hamzah Mara Ke Final !!

Written By Unknown on 04/04/2014 | 3:50 pm

Shila Amzah Berjaya Ke Final I Am Singer Di Beijing Malam Ini!

Penyanyi Shila Amzah berjaya menjadi finalis pertandingan I Am Singer yang akan berlangsung di Hunan, Changsha, China pada Jumaat (hari ini).

Ia merupakan satu sejarah kerana Shila, 24, merupakan artis Melayu pertama yang menyertai acara itu sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Dalam pertandingan tersebut, tiga peserta dari China berjaya mara ke peringkat akhir manakala Shila bersama Gary Chaw mewakili Malaysia.

Hong Kong dan Taiwan masing-masing seorang peseta.

“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final ini. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Pertandingan itu akan berlangsung pada pukul 8 malam (8 malam waktu Malaysia).

Kata Shila, dia diberi arahan untuk bersedia dengan dua buah lagu di mana pada pusingan pertama dia akan berduet bersama seorang penyanyi luar.

Jika berjaya mendapat tempat antara lima tertinggi, dia akan mara ke pusingan kedua dan akan membuat persembahan secara solo sebelum peminat diberi ‘kuasa’ untuk membuat undian bagi memilih juara.

Shila turut mencipta kebolehan luar biasa apabila terpilih ke peringkat akhir I Am Singer sedangkan beliau menyertai acara berkenaan ketika minggu ketujuh iaitu pada Februari lalu.

Pada persembahan pertamanya, dia telah mendendangkan lagu Xiang Ni De Ye yang bermaksud Di Kala Malam, Ku Merindui Mu di mana lagu tersebut telah melonjakkan namanya dalam pertandingan itu sehingga membolehkan dia mendapat tempat kedua.

Lebih membanggakan pada minggu kesebelas popularitinya melonjak dan dia berjaya meraih tempat pertama selepas mempersembahkan lagu Rolling In The Deep nyanyian Adele.

Pada pertandingan itu tahun lalu, peserta dari China iaitu Yu Quan dipilih sebagai juara.

Orang ramai boleh mengundi Shila dengan melayari http://vote.weibo.com/vid=2578278
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger