Home » » Terkini ; Karam Singh Walia Di Culik ?

Terkini ; Karam Singh Walia Di Culik ?

Written By Unknown on 16/02/2014 | 6:25 pm

Karam-Singh-Walia

Polis Johor menemui kereta Wolkswagen Passat milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Baharu awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan.

Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Feb lalu.

Beliau berkata turut ditemui ialah dua buah kereta lain dan pelbagai barangan yang dipercayai turut dicuri.

“Kita percaya kumpulan ini mempunyai rakan subahat yang lain dan kita akan menjalankan siasatan untuk mengesan mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Mokhtar berkata suspek akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan susulan.- BERNAMA


Aakj ; hehe tajuk tu saja aakj tulis begitu..sorry bro karam singh..kereta dia kena 'culik'...
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger