Home » » Selangor ; Foto Penyamun Mati Kemalangan Selepas Menyamun!

Selangor ; Foto Penyamun Mati Kemalangan Selepas Menyamun!

Written By Unknown on 04/04/2014 | 3:30 pm




Maklumat awal kejadian samun di alamat No 30 Jalan Warisan Indah 8/16, Kota Warisan, Banting Selangor. Suspek 3 orang lelaki di percayai bangsa Melayu telah menaiki 2 buah motosikal telah masuk ke rumah mangsa dan acukan parang pada mangsa.

Semasa kejadian pagar dan pintu rumah dalam keadaan terbuka dan perompak berjaya membawa lari wang tunai dan barang-barang kemas. Jumlah kerugian belum dapat dipastikan lagi.

Secara kebetulan, kejadian rompakan itu telah dilihat oleh jiran mangsa menyebabkan jiran mangsa terus kejar perompak-perompak tersebut.

Apabila sampai di suatu simpang jalan lampu isyarat Genting Sayen, Banting salah sebuah dari motosikal tersebut telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta SUV Nissan Xtrail. Perompak dilaporkan mati di tempat kejadian.

Dua bilah parang senjata yang digunakan untuk merompak telah tercampak di tepi jalan dan beberapa barang kemas dan wang dijumpai di kocek belakang perompak tersebut.






MPP

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger