Home » » Ustaz Don: Wardina Masih Tidak Puas Hati?

Ustaz Don: Wardina Masih Tidak Puas Hati?

Written By Unknown on 20/04/2014 | 6:49 pm

NAMPAKNYA, kontroversi di antara selebriti cantik, Wardina dan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal, tidak terus dijadikan topik hangat.

Walaupun pada awalnya, perkara ini mendapat kritikan dan cemuhan daripada pelbagai latar masyarakat Islam, namun Wardina dilihat sangat tenang dalam menanganinya.

Menerusi laman sosial, Facebook, milik selebriti ini, dia memberitahu bahawa telah berhubung dengan Ustaz Don menerusi talian mengenai perkara itu.

Malah, dalam perbualan itu, Ustaz Don juga dikatakan telah menafikan kenyataan balas di akhbar tempatan (bukan Sinar Harian) mengenai isu berkenaan.

“Just got off the phone with Ustaz Don. Uztaz Don kata dia tidak ada memberi apa pun kenyataan balas.

“Segala kenyataan balas tidak benar. Khair Insya-ALLAH. Ada hikmah semua ini seperti kata ramai ustaz dan ustazah kepada saya.

“Thank you for the support. Will meet up Monday. Alhamdulillah. Kita tak tahu rancangan ALLAH… ALLAH sebaik-baik perancang,” tulisnya lagi.

Selain itu, Wardina juga dilihat sangat terbuka dalam memberi respons kepada pengikut di laman sosialnya mengenai perkara ini.

Malah, beberapa saranan juga turut dibalas dengan reaksi positif tanpa menggores mana-mana hati peminat.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Don tidak dapat diperoleh kerana beliau kini dikhabarkan berada di luar negara, memenuhi tuntutan kerja. - Sinar Harian

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger