Home » » Pemilihan PKR : Poster Aksi YB Dalam Jamban Mula Di Sebar Kembali

Pemilihan PKR : Poster Aksi YB Dalam Jamban Mula Di Sebar Kembali

Written By Unknown on 20/04/2014 | 4:03 pm

Ipoh – Kempen Pemilihan PKR 2014 semakin ‘panas’ selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Risalah bertajuk ‘Layakkah Azmin?’ dipercayai diedar pihak tertentu ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0 malam kelmarin, di sini.

Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu.

Pengarah Himpunan Reformasi 2.0 Perak, Annuar Zakaria berkata, beliau menyedari pengedaran risalah itu selepas mendapat maklumat daripada petugas program.

Menurutnya, risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu

“Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah terhadap pimpinan kita. Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga cubaan untuk memburuk-burukkan imej Majlis Pimpinan PKR Perak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Himpunan Reformasi 2.0, di Wisma PKR Negeri, kelmarin.

Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu.

Pada Himpinan Reformasi 2.0 malam kelmarin, beberapa pimpinan PR di peringkat negeri dan pusat hadir memberikan ceramah.

Selain ucaptama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa pemimpin termasuk Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Pengerusi MPN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Lihat poster di suara.tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger