Bush maut selepas ditembak sebanyak dua kali di kepalanya sebaik sahaja dia dan kekasihnya tiba di villa berkenaan.
Wanita tersebut dikenali sebagai Mayka Kukucova merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal bersama di situ sejak dua tahun lalu.
Kekasih Bush memberitahu penyiasat bahawa pintu dibuka oleh Mayka apabila sebaik sahaja mereka tiba di kediaman itu pada pukul 2 pagi.
Bagaimanapun, wanita itu menghalangnya dari masuk dan sejurus selepas itu dia melihat Mayka memecut meninggalkan villa itu dengan kenderaan Hummer milik Bush.
Pihak polis yang dihubungi selepas itu kemudiannya menemui mayat Bush dalam keadaan berlumuran darah.
Sementara itu, pemilik perniagaan berhampiran kedai emas jutawan itu menyifatkan Bush sebagai lelaki yang baik dan mesra.
“Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi,” ujarnya.
Siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa Sepanyol.
MHYNEWSHUB.MY
Post a Comment