KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) — Prinsip wasatiyyah perlu diterap serta dikembangkan kepada masyarakat bukan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia di negara ini.
Ketua Pengurusan dan Perundangan Universiti Islam Malaysia (UIM) Prof Datuk Dr Abdul Monir Yaacob berkata, penerapan dan perkembangan prinsip itu dapat mengurangkan kecenderungan bukan Islam untuk menyentuh sensitiviti agama dan rakyat.
“Jika umat Islam sahaja yang mempraktikkan prinsip wasatiyyah, dikhuatiri lebih ramai masyarakat bukan Islam cenderung menuntut perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat dan agama,” katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam kertas kerja bertajuk ‘Manhaj Wasatiyyah Dalam Pelaksanaan Hukum di Malaysia’ yang dibentangkan pada Seminar Antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah’ di sini hari ini.
Dr Abdul Monir berkata, sebagai contoh tuntutan golongan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) dalam beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender harus dibimbing ke jalan yang benar.
“Golongan ini harus disedarkan dan diberikan didikan sewajarnya dengan prinsip wasatiyyah yang menjadi manhaj (jalan yang jelas) pegangan masyarakat dan kerajaan,” katanya.
Baca selanjutnya d SINI
Post a Comment