Home » » #MH370 ; Terkini Ibu Penumpang Rakyat Malaysia Terkejut Dengar Suara Operator !!

#MH370 ; Terkini Ibu Penumpang Rakyat Malaysia Terkejut Dengar Suara Operator !!

Written By Unknown on 10/04/2014 | 12:43 pm




A Amirtham, 60, ibu kepada penumpang pesawat MH370, S Puspanathan meluahkan rasa terkejut mendengar suara operator sebaik dia mendail nombor telefon bimbit anaknya, selepas sarapan pagi semalam.

Bercerita lanjut, ibu yang masih mengharapkan kepulangan anaknya itu memberitahu, sebelum ini, setiap kali mendail nombor telefon Puspananthan, hanya respons error yang tertera. Tetapi sebaliknya berlaku, semalam.

"Saya sangat terkejut dengar bunyi 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi'. Sebab sebelum ini kalau saya dail nombor dia, tiada bunyi apa-apa kemudian keluar perkataan error. Tapi hari ini (semalam) bila saya dengar suara operator, saya betul-betul terkejut," katanya.

Amiratham berkata, kira-kira jam 10.15 pagi semalam, dia tergerak hati mendail nombor anaknya itu selepas menikmati sarapan kuey tiaw goreng yang juga makanan kegemaran Puspanathan.

Dia kelihatan sebak ketika menceritakan kejadian itu sambil mengakui bukan ingin menolak segala kemungkinan yang berlaku. Tetapi dia dan keluarga masih mengharapkan kepulangan Puspanathan walaupun lambat.

Dia memberitahu, jika selepas ini nombor telefon anaknya itu tidak aktif lagi, dia akan terus mendailnya, dan itulah yang dilakukannya semenjak hari pertama kehilangan pesawat MH370 dilaporkan, 8 Mac lalu. - sinarharian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger