Home » » SKMM Takut Bertindak Terhadap Jentera Cyber?

SKMM Takut Bertindak Terhadap Jentera Cyber?

Written By Unknown on 20/04/2014 | 3:44 am

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu berani untuk mengambil tindakan bagi menangani tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang masih mencetuskan kekacauan memburukkan kerajaan di media sosial.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, agensi tersebut dilihat takut untuk mengambil sebarang tindakan apabila sehingga kini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan.

"SKMM seolah-olah takut untuk bertindak. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pegawai yang benar-benar pakar menyiasat setiap aduan sehingga sukar untuk mengheret mereka ke mahkamah.

"Jadi, SKMM mesti serius untuk menyiasat dan mendakwa mereka. Setakat menutup satu atau dua akaun Facebook, ia tidak membantu langsung dalam mengatasi masalah ini kerana mereka boleh membuka beratus akaun baharu dengan menggunakan nama samaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai RBA yang berterusan memburukkan kerajaan di laman sosial termasuk membuat pelbagai spekulasi terhadap usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Syed Hassan berkata, beliau melihat RBA mempunyai agenda untuk memecahbelahkan orang Melayu, menegangkan hubungan antara masyarakat Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak serta merosakkan hubungan UMNO dan Pas.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger