Home » » DBKL Akan Ambil Balik Rumah PPR

DBKL Akan Ambil Balik Rumah PPR

Written By Unknown on 20/04/2014 | 3:50 am

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik mana-mana unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhaskan kepada golongan berpendapatan rendah, jika penyewanya didapati menyalahgunakan kemudahan itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, ini termasuk penyewa tidak menyerahkan rumah PPR kepada DBKL selepas pendapatan mereka melepasi garis kemiskinan atau telah membeli rumah lain dan menyewakan kemudahaan itu kepada individu lain.

“Kita ambil keputusan drastik, kita sudah beritahu Datuk Bandar Kuala Lumpur kalau perkara ini berlaku kita akan tarik serta-merta dan akan memutuskan bekalan air dan elektrik di kediaman berkenaan tanpa sebarang notis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci PPR Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Sebanyak 96 penyewa menerima kunci rumah pada majlis itu dengan kadar sewa RM124 sebulan. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan berkata DBKL tidak akan berkompromi dan setakat ini sebanyak 80 unit PPR telah ditarik balik di seluruh Kuala Lumpur akibat pelbagai penyalahgunaan.

Mengenai ‘Perhimpunan 1 Mei’ yang dirancang pihak tertentu, Tengku Adnan berkata DBKL kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

“Sekali-kali tidak di Dataran Merdeka, kami mungkin menimbang Padang Merbok atau tempat lain, tapi bukan Dataran Merdeka,” katanya.
Perhimpunan berkenaan dirancang bagi menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), tuntutan royalti, kenaikan harga barang dan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). – BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger