Home » » Selepas Karpal Mati, Kerajaan Tidak Benar Peguam Bela Anwar

Selepas Karpal Mati, Kerajaan Tidak Benar Peguam Bela Anwar

Written By Unknown on 25/04/2014 | 8:12 am

Mendengar cerita daripada Anwar Ibrahim, samalah seperti kita membaca hikayat penglipur lara. Sama seperti kita mendengar perumpamaan yang dibuat dalam kesusasteraan lama yang menggambarkan betapa ‘indahnya kurap dan panau’ pada tubuh seorang raja. Anwar sebagai lulusan ijazah umum Persuratan Melayu, sentiasa bijak mengapungkan dirinya sesuai dengan kehendaknya sendiri. Baginya, orang lain sahaja yang bersalah dan dia pula sentiasa menjadi mangsa kezaliman orang yang dengki dan cemburu kepadanya.

Kekalahannya di Mahkamah Rayuan selain pudarnya harapan Anwar di Mahkamah Persekutuan apabila Karpal Singh & Co, firma guaman yang membelanya sebelum ini kehilangan Karpal Singh yang terbunuh dalam satu kemalangan lebuhraya, membuatkan Anwar Ibrahim jadi tidak tentu arah dan cuba mendapatkan simpati sebanyak-banyaknya daripada para penyokongnya agar mereka berkumpul, berarak, berdemonstrasi dan kalau boleh melakukan huru-hara di tempat-tempat awam di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim dalam satu temubualnya dengan media asing, mengadu kononnya dia tidak mendapat keadilan apabila dia tidak dibenarkan mengambil surat cuti sakit bagi membolehkan dia membuat penangguhan perbicaraan. Anwar Ibrahim juga mengadu kepada media tersebut kononnya ketiga-tiga orang hakim Mahkamah Rayuan tergesa-gesa menjatuhkan hukuman kepadanya sekaligus mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka sebenarnya telah diarahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengenakan hukuman penjara terhadapnya.

Dan yang paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia sekarang ini sedang mengalami kesulitan untuk mendapatkan khidmat peguam selepas kematian Karpal Singh, seolah-olah Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak mengharamkan semua peguam daripada membelanya.

Begitulah Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis bercakap tentang dirinya. Keadilan bermaksud undang-undang mengikut apa yang dimahukannya. Kalau keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya, mahkamah itu tidak adil. Kalau dia buat salah, orang yang mengadukan kesalahannya itu dikatakan telah menfitnahnya, malah dia mempotretkan orang yang dimangsakannya sebagai penjahat yang enggan dimangsakan oleh Anwar Ibrahim.

Dalam temubualnya itu juga, Anwar cuba mencipta sebuah cerita sebagaimana dia merekayasa kisah dia melarikan diri ke rumah Duta Turki dalam usahanya untuk mendapatkan suaka politik dan lari daripada jenayah yang dilakukannya sebaik-baik sahaja dia mendapat tahu Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung perbuatan liwatnya. Anwar Ibrahim kemudiannya berdalih kononnya dia lari ke rumah Duta Turki untuk mengelak dirinya daripada dibunuh oleh seorang pembunuh upahan.

Sungguh dramatik dan sungguh menyayat hati!

Trick bodoh itu diulang semula oleh Anwar Ibrahim kali ini. Katanya dia sangat optimis dia tidak akan mendapat pengadilan sewajarnya dari Mahkamah Persekutuan. Namun bukan ketidakadilan yang menjadi isu. Yang menjadi isu utama ialah, Anwar Ibrahim tidak mampu menjawab mengapa sepanjang 6 tahun perbicaraan kes liwatnya, dia dan pasukan peguambelanya langsung tidak dapat menghadirkan bukti-bukti yang dapat menyanggah pendakwaan. Sebaliknya penghakiman bertulis yang dibuat oleh ketiga-tiga orang hakim Mahkamah Rayuan ialah, Anwar Ibrahim tidak dapat langsung menafikan hubung kaitnya dengan Saiful Bukhari serta kehadirannya di premis yang dijadikan sarang untuknya memuaskan nafsu songsangnya.

Anwar juga menyatakan, kawan-kawannya di London telah menawarkan tempat untuknya di London tetapi dia tetap memilih untuk tinggal di Malaysia dan memperjuangkan hak rakyat!

Satu jawapan bodoh yang sama sekali bertentangan dengan alamiah Anwar Ibrahim sendiri. Yang sebenarnya, bukan mahu memperjuangkan hak rakyat sebagaimana yang diikrarkannya tetapi sebenarnya Anwar Ibrahim tidak ada tempat pun di mana-mana bahagian di dunia ini kecuali di Malaysia yang mana dia mempunyai ramai pengikut yang diharapkan dapat melindunginya setiap kali dia melakukan kesalahan.

Setelah hampir mengecapi kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, mana mungkin Anwar Ibrahim hidup sebagai orang biasa. Dan kerana faktor itulah, dia tidak mampu pergi ke mana-mana bahagian di dunia ini sebagaimana janjinya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi ketika dia memujuk agar dibebaskan dari penjara tahun 2005 dahulu.

Mykmu

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger