Home » » Misi Takluk Greenland: Sudah Di Garis Mula

Misi Takluk Greenland: Sudah Di Garis Mula

Written By Unknown on 24/04/2014 | 11:42 pm

Pasukan Malaysia pertama, lapan manusia waja, 540 kilometer, 35 hari, suhu negatif 40 darjah celcius – ini adalah rangkuman di sebalik Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Malaysia Felda Greenland 2014.

Setelah perancangan penuh teliti dibuat; daripada pemilihan peserta hinggalah proses latihan kini kesemua wakil negara yang menggalas tanggung jawab memacak bendera Malaysia di Sondre Stromfjord sudah berada di garis mula.

Esok, Misi Kembara Rentas Greenland akan bermula selepas perjalanan dari Ammassalik yang sepatutnya pada hari ini ditunda kerana masalah cuaca.

Kesemua peserta tidak dapat memijak Greendland semalam disebabkan ais mencair hingga mendatangkan risiko untuk pesawat mendarat di Lapangan Terbang di Kusuluk.

Penundaan tarikh ini hanya satu daripada banyak cabaran lain yang lebih getir bakal dihadapi lapan wira negara dalam ekspedisi ini.

Cabaran awal yang sudah diketahui peserta adalah berdepan cuaca sejuk, terpaksa menarik barangan dan peralatan seberat 75 kilogram menggunakan kereta penarik (sledge) dan perlu berjalan antara 15 hingga 20 kilometer sehari.

Jika cabaran ini dapat didepani hasil latihan mencukupi, peserta masih perlu bersedia dengan cabaran lain termasuk ribut salji, diserang beruang kutub dan melawan cuaca sejuk melampau.

Didokong oleh Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles dan dibantu Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin; esok adalah hari di mana lapan peserta perlu membuktikan segala harapan yang diserahkan di pundak mereka berjaya dilunaskan dengan cemerlang.

Bagi pihak rakyat Malaysia, kami di sini sudah tentu menanti penuh debar dan teruja untuk mendengar nama Malaysia sekali lagi terpahat di benua yang diketahui, antara paling mencabar di dunia.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger