Home » » Selangor ; Terpaksa Tadah Air Hujan Untuk Berniaga

Selangor ; Terpaksa Tadah Air Hujan Untuk Berniaga

Written By Unknown on 22/04/2014 | 11:07 am


Exco Selangor minta tadah air hujan..kilk d SINI

Kajang- Plan catuan bekalan air yang tetap diteruskan oleh kerajaan negeri Selangor walauun hampir semua kawasan Lembah Kelang menerima hasil taburan hujan yang tinggi sejak awal April lali telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menurut mereka catuan yang telah berlarutan sejak 27 Februari lalu sepatutnya dihentikan bagi mengelakan orang ramai daripada terus mengalami kesulitan.

Menurut pemilik Restoren MZ Sri Tanjung di Sungai Jelok disini,Mazlan Mohd,Zabib,50,catuan air yang berlarutan hampir sebulan dikawasan itu memaksa dia menadah air hujan untuk kegunaan di restorannya.

Lebih menimbulkan kemarahan,katanya,restoran miliknya langsung tidak menerima bekalan air sejak sebulan lalu sehingga mememaksa di membeli air dari kedai berdekatan.

“Bayangkan selama hampir sebulan saya tidak menerima langsung air walaupun telah membuat aduan kepada pihak berkenaan.

“Bagi mengelakkan restoran ditutup,saya terpaksa membeli air daripada jiran sebelah selain terpaksa menadah sendiri air ketika hujan,”katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu seorang penduduk di Sungai Jelok di sini, Mohd Jamil Suyut,58,berkata,catuan air tidak wajar diteruskan kerana hujan lebat turun hampir setiap hari sejak awal bulan ini.

“Catuan ketika ini menyusahkan kami kerana banyak urusan harian tergendala dan apabila ada air pula,bekalan air yang diterima pada peringkat awal tidak begitu bersih dan terbaksa dibuang begitu sahaja,”ujarnya.

Seorang penduduk ditaman Kajang Utama,Yuzaimi Mohd Yusof,36 pula berkata,catuan air pula telah menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kos seperti membeli tong air serta membeli air mineral untuk keperluan minuman.

Dalam pada itu di petaling Jaya,seorang pekerja warong minuman di Medan Selera Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Jalan Othman,Mustafa Muhamed berkata,perniagaan gerai minumannya terjejas teruk akibat catuan air.

“Gerai saya terpaksa ditutup setiap kali tiada air dan kini pendapatan jualan harian kami susut daripada RM300 kepada RM150,”katanya.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger