Home » » Selangor ; Isteri Minta Duit Dapat Penumbuk

Selangor ; Isteri Minta Duit Dapat Penumbuk

Written By Unknown on 22/04/2014 | 10:59 am





Kajang:Seorang Wanita berusia 39 tahun cedera teruk di muka selepas ditinju berulang kali oleh suaminya hanya kerana meminta wang sara hisup untuk anak-anak.

Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin,mangsa dibelasah suami yang ‘naik hantu’ selepas tercetus perselisihan faham di rumah mangsa di Bandar Sungai Long disini.

Sumber polis berkata,pasangan suami isteri terbabit tidak tinggal bersama lagi kerana mereka dikatakan dalam proses pencerian.

Menurutnya,kejadian berlaku ketika suami mangsa yang berusi 40-an datang untuk melawat anaknya itu.

“Ketika itulah mangsa dikatakan bertanya mengenai nafkah sara hidup yang perlu diberikan suami si Suami kepada anaknya itu.

“Bagaimanapun tindakannya itu mengundang kemarahan suspek yang tiba-tiba mengamuk dan mengherdik mangsa selain menghamburkan kata-kata kesat.

“Terkejut dengan tindakan lelaki terbabit mangsa melawan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit,”katanya.

Sumber berkata,pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila lelaki terbabit mengamuk dan terus menampar mangsa beberapa kali.”Lelaki itu turut menumbuk muka isteri nya berulang kali bagi melepaskan geram.Mangsa ada merayu supaya dilepaskan namun suspek terus beredar dari kediaman terbabit tanpa mempedulikan isterinya itu yang terbaring di lantai dalam keadaan lebam di muka dan badan,”katanya.

Bimbang kejadian sama berulang,mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger