PAGI tadi dua anggota polis ditembak seorang penjenayah bertatu harimau di Ampang, Selangor.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, anggota polis berpangkat lans koperal yang berumur 26 tahun dan konstabel berumur 28 tahun dari Balai Polis Pandan Indah cedera parah di perut serta bahagian ari-ari akibat ditembak oleh suspek.
Kejadian berlaku ketika dua anggota PDRM itu terserempak dengan dua lelaki berumur sekitar 30-an yang bermotosikal dan dalam keadaan mencurigakan, ketika mereka membuat rondaan.
Inilah pengorbanan anggota polis, yang sering dilabelkan anjing dan barua kerajaan.
Yang pasti, operasi pemburuan kini sedang dijalankan oleh ‘para anjing dan barua kerajaan’ yang dikatakan itu.
Sayang sekali, mereka yang dok gelar ‘anjing dan barua kerajaan’ itu masih dapat hidup selesa, makan cukup, tidur nyenyak dan berjimak semahunya sedangkan mereka yang dipanggil ‘barua dan anjing kerajaan’ itu terus memperjudikan nyawa mereka demi negara yang tercinta.
Persoalannya – siapa sebenarnya anjing, siapa sebenarnya barua?
mynewshub
Post a Comment