Home » » #MH370 ; China Tidak Mahu Hantar Panda Ke Malaysia?

#MH370 ; China Tidak Mahu Hantar Panda Ke Malaysia?

Written By Unknown on 12/04/2014 | 1:44 am

mynewshub.my

Media barat mendakwa kerajaan China enggan menghantar sepasang panda gergasi dari Chengdu ke negara ini.

Ia berikutan hubungan dingin kedua negara berhubung isu pencarian MH370.

Penghantaran panda oleh kerajaan China adalah simbolik hubungan diplomatik dan persahabatan yang sudah menjadi amalan di negara itu sejak kurun ke-7 lagi.

Tidak semua negara diberikan peluang diplomasi panda.

Namun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, ketibaan panda berkenaan yang dijadualkan pada 16 April ini ditunda ke suatu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui kerajaan Malaysia dan China menerusi kedutaanya di ibu negara (Kuala Lumpur) baru-baru ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju pasangan panda tersebut tiba di Malaysia pada tarikh yang lebih signifikan untuk merayakan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang Mei nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media pada 27 Januari lalu melaporkan, ketibaan sepasang panda gergasi pada pertengahan April ini bakal menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sebuah kompleks berkeluasan 1.6 hektar turut dibina bagi menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal di mana 150 daripadanya adalah warga China.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger