Home » » Sabah : Gadis Maut Di Simbah Asid Lelaki Bertopeng

Sabah : Gadis Maut Di Simbah Asid Lelaki Bertopeng

Written By Unknown on 19/04/2014 | 5:18 pm

Penampang – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa.

Mangsa yang menggelupur kesakitan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh dua rakannya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. -myMetro Online

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger