Home » » #MH370 : Tempoh 48 Jam Akan Datang Amat Kritikal

#MH370 : Tempoh 48 Jam Akan Datang Amat Kritikal

Written By Unknown on 19/04/2014 | 5:20 pm

KUALA LUMPUR – Tempoh 48 jam akan datang akan menjadi saat paling kritikal dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan kawasan pencarian dikecilkan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Ia berdasarkan pemahaman saya bahawa usaha mencari memasuki fasa kritikal dalam tempoh 48 jam akan datang.

“Apa saja yang berlaku dalam tempoh itu, kami kemudiannya akan berkumpul semula dan berbincang mengenai langkah seterusnya,” katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan di sini, Sabtu.

Hishammuddin turut menafikan laporan media bahawa pengimbasan seluruh kawasan pencarian akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan.
“Itu tidak benar. Ia seharusnya diselesaikan minggu depan,” katanya.

Beberapa pegawai Australia yang memantau operasi tersebut berkata, pencarian di dasar laut untuk mengesan kotak hitam berdasarkan isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger akan diselesaikan dalam tempoh lima hingga tujuh hari. - mStar Online

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger