Home » » Restoran Guna Sos Tomato Babi Di Serbu

Restoran Guna Sos Tomato Babi Di Serbu

Written By Unknown on 26/04/2014 | 9:29 am

Sebuah premis makanan di pusat beli-belah The Hills di sini diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana menggunakan logo halal tidak sah yang dikeluarkan pihak swasta.

Premis makanan itu juga didapati menggunakan sos tomato yang disahkan tidak halal selepas ujian oleh Jabatan Kimia sebelum ini mendapati ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Lumpur, Azizan Shaari berkata, pemeriksaan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang meragui logo halal di premis terbabit.

“Justeru, kita telah memberi amaran kepadapengusaha restoran itu dan memberi peluang untuk mereka memohon logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim atau JAIS.

“Jika pemeriksaan seterusnya mendapati mereka masih menggunakan logo yang sama, tindakan akan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan denda RM200,000 bagi kesalahan pertama manakala RM500,000 untuk kesalahan kedua,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger