Home » » Cara Nak Bezakan Ikan Keli Yang Haram Di Makan

Cara Nak Bezakan Ikan Keli Yang Haram Di Makan

Written By Unknown on 26/04/2014 | 4:48 am

Memilih makanan yang halal untuk dimakan adalah satu perkara yang penting bagi umat Islam. Jika dahulu ikan keli sangatlah jarang menjadi lauk dalam makanan seharian, tetapi kini tidak dapat dinafikan ikan keli menjadi salah satu ikan yang paling banyak dimakan oleh rakyat Malaysia tidak kira di mana saja berada.

Mungkin disebabkan beberapa faktor termasuklah faktor ekonomi semasa menyebabkan ramai orang mula mencuba untuk makan ikan keli dan seterusnya menjadi lauk kegemaran mereka. Tetapi perlu diingat, ikan keli mempunyai berbagai-bagai jenis, dan jangan terkejut ada antara ikan keli yang tidak boleh dimakan oleh umat islam.

Dibawah terdapat beberapa panduan untuk membezakan mana satu ikan keli yang halal dan boleh dimakan dengan mana satu ikan keli yang tidak boleh dimakan. Diharapkan info ini akan membuka mata para pengguna untuk lebih berhati-hati dalam memilih ikan keli untuk dimasak.

Cara Bezakan Ikan Keli Yang Halal & Haram Dimakan Oleh Orang Islam

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk 'V'· Bentuk badan mirip torpedo· Badan berwarna hitam berkilat· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

· Kepala berbentuk 'U'· Bentuk badan tirus· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. Semoga bermanfaat :)

sumber 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger