Home » » PRK Bukit Gelugor ; Mungkinkah BN Akan Beri Laluan Mudah Pada Dap ?

PRK Bukit Gelugor ; Mungkinkah BN Akan Beri Laluan Mudah Pada Dap ?

Written By Unknown on 18/04/2014 | 7:45 am


Nasib Wakil Rakyat samada berstatus Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri..semuanya sama..bila saja mereka tinggalkan dunia ini dengan apa cara sekalipun termasuk sakit tua..belum sempat mereka d kebumikan..d kedua-dua pihak mula membuka mulut..siapa bakal ganti tempatnya dalam Pilihanraya Kecil nanti. 

Berita kemalangan maut Karpal, klik d SINI.

Jadi kalau kita nak berpolitik d Malaysia atau mungkin d mana saja d dunia ini..satu perkara kena ada dalam kepala..jangan mimpikan yang indah-indah bahawa bila kita mati maka kita akan d sanjung melangit kerana jasa kita pada rakyat..kena berlapang dada..sebelum jasad kita d kuburkan..d pihak kita sendiri mula mengcongak..siapa bakal ganti tempat kita dan mula rangka persediaan Pilihanraya Kecil d majlis pengkebumian kita.

Karpal Singh juga tidak terkecuali..Bukit Gelugor, kawasan Parlimen Baru d lihat sebagai kubu kuat Karpal secara peribadi atau sekadar menumpang 'bilangan bangsa Cina' yang benci pada BN?

Kalau d ambil kira dengan tragedi ini, ramai penganalisa politik termasuk yang kat kedai kopi mula lontarkan pandangan amat susah bagi BN untuk menang d Parlimen ini..tambahan pula senario sokongan bangsa Cina yang d lihat masih keras untuk menerima BN..mereka selesa dengan Dap..malah yang paling malang..Gerakan dan MCA d lihat masih pening memikirkan bagaimana nak kembalikan kepercayaan kaum Cina pada BN.

Saat kematian Karpal lagi sudah kedengaran bahawa BN kalau masuk juga bertanding d Pilihanraya Kecil ini nanti bakal d sembelih hidup-hidup dan bakal d malukan sekali lagi setelah 'cuba' d PRK Kajang..Jelutong d anggap kubu kuat Karpal sendiri walaupun Karpal pernah d benamkan d sini dalam PRU yang sebelum ini samada untuk kerusi Dun atau Parlimen..rujuk d SINI dan akhirnya bila Parlimen Bukit Gelugor d wujudkan sebagai kawasan Parlimen yang baru maka Karpal d lihat sebagai Harimau d sini..

Lihat saja ringkasan data pengundi seperti yang d bawah..mampukah BN menang atau mampukan BN laburkan tenaga, masa dan duit untuk kalahkan Dapa d sini atau sekadar nak kurangkan majoriti..

Kalau tanya Aakj..dari labur berjuta atau beratus ribu ringgit hanya nak kurangkan 1000 undi baik gunakan masa, tenaga dan duit tersebut untuk kuatkan parti dan bantu rakyat !!

Itu hanya pandangan peribadi Aakj..tapi dalam pilihanraya ni segalanya mungkin..mungkin Karpal tak pedulikan sangat pengundinya maka boleh jadi mereka nak beri peluang pada BN..malah banyak juga kemungkinan..Allah saja yang tahu hati-hati manusia ini..

Aakj lihat ada lagi anak Karpal yang bakal d gunakan sekadar meraih simpati pengundi..kononnya legasi Karpal wajib d pertahankan !

Apapun Aakj sentiasa bersedia untuk turun padang seperti d mana-mana PRK !!

Ringkasan Data Pengundi:

1. Jumlah Keseluruhan Pengundi Parlimen P51 Bukit Gelugor adalah 82, 042 org dgn pecahan:

a. Melayu - 11,880 org (14.48%)
b. Cina - 61,112 org (74.49%)
c. India - 8,660 org (10.56%)
d. Lain2 - 390 org (0.48% )

2. Perbezaan Majoriti:

a. PRU 11 (2004) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 1,261undi.

b. PRU 12 (2008) - Calon DAP tewaskan MCA majoriti 21,015 undi

c. PRU13 (2013) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 42, 706 undi.

3. Jumlah Daerah Mengundi - 21 PDM.

4. Jumlah lokaliti - 432 lokaliti.
Share this article :

+ comments + 1 comments

4/18/2014 9:34 am

BN jgn buang masa, tenaga dan wang utk meraih undi dari majoriti pengundi yg sudah lupa daratan. Baik gunakan semua itu bg membantu mereka yg memerlukan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger