Home » , » Nurul Izzah Tolak Hudud Sokong Murtad?

Nurul Izzah Tolak Hudud Sokong Murtad?

Written By Unknown on 04/04/2014 | 2:28 pm

NURUL IZZAH MURTAD3



Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berlapik seolah-olah menolak hukum Hudud. Nurul Izzah berkata isu pelaksanaan hudud bukannya satu perkembangan baru di peringkat negeri Kelantan. “Bagi saya ini adalah tentang ‘faith of priority’ (keutamaan). Apa yang penting dan yang harus diberi keutamaan (sekarang) adalah perkara-perkara seperti ‘good governance’ (urus tadbir baik), menghapuskan rasuah dan mengurangkan kadar kemiskinan.“Ini adalah fokus saya sebelum beralih ke isu pelaksanaan hudud,”

Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:

 وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. ” (Surah al-Maidah (5) ayat 44)

Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T. Ianya tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Persoalannya sekarang adakah draf hudud PAS dan Kelantan menepati erti kata hudud yang sebenarnya? Perlu kita ingat bahawa hukuman hudud tidak boleh diubahsuai dan dipinda mengikut kesesuaian pemimpin PAS dan sekutu mereka. Hudud adalah hak Allah s.w.t.

Isu yang paling ketara dalam hudud PAS yang jelas bertentangan dengan hukum Allah adalah Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS. Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan namun pengikut PAS harus terima itulah hakikat hudud yang mereka bangga-banggakan.

Manakala di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 pula , iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

“Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur”.

Peruntukkan ini menyatakan dengan jelas bahawa persetubuhan melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS. Di dalam hukum Allah jelas menyatakan bahawa liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan. Mengapa PAS membezakan persetubuhan dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud? Peliknya kerana walaupun Hudud PAS Terengganu menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS yang memerintah Terengganu semasa itu.

Apabila manusia memakai topeng Islam untuk tujuan politik kotor mereka maka kesucian Islam telah dipertaruhkan dan bakal diperjudikan demi secebis sokongan. Ketaksuban PAS mempermainkan hukum ALLAH dengan menulis hukum sendiri dan memanggilnya sebagai hukum ALLAH sebenarnya amat keji. Rakyat perlu tahu bahawa enakmen PAS itu bukanlah 100% hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya. Seterusnya baca di TV14
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger