Home » » Foto Pesta Seks Songsang Di Tengah Laut ; 10 Ditangkap !

Foto Pesta Seks Songsang Di Tengah Laut ; 10 Ditangkap !

Written By Unknown on 04/04/2014 | 2:30 pm



GAMBAR menunjukkan 10 lelaki dalam keadaan bogel di dalam sebuah bot kecil dekat Swansea Bay pada Sabtu lalu.

SWANSEA, Wales - Pasukan penyelamat tentera udara Britain (RAF) mendapati sekumpulan 10 lelaki di dalam sebuah bot kecil di tengah laut sedang berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.


Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu apabila sebuah helikopterpengawal pantai mengesan bot Blue Thunder dalam keadaan mencurigakan di perairan Mumbles Head di sini.


Pasukan pengawal pantai itu kemudian meminta bantuan pihak markas RAF Chivenor di Devon.


Sebuah helikopter penyelamat RAF bergegas ke tempat itu dan juruterbang mendapati bot yang dalam pelayaran untuk memancing ikan selama dua jam ke Swansea Bay, South Wales dipenuhi dengansekumpulan lelaki bogel.


Menurut seorang jurucakap RAF, lelaki-lelaki itu melambaikan tangan dan mereka dilihat tidak berdepan dengan sebarang ancaman kecemasan.


Semua penumpang berasal dari Bradleystoke, Bristol dan mereka melompat-lompat dalam keadaan bogel setelah helikopter itu melemparkan tembakan kecemasan ke dalam air.


Kapten bot itu, Mark Thomas berkata, dia mahu menganjur acara yang unik di dalam bot tetapi sebelum sempat melakukannya, dia melihat rakan-rakan yang lain telah berbogel dan minum bir.


Kumpulan itu dalam perjalanan ke Swansea untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka, Dave Lloyd.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger