Home » » #MH370 Terkini ; Lebih Banyak Negara Mahu Membantu !!

#MH370 Terkini ; Lebih Banyak Negara Mahu Membantu !!

Written By Unknown on 16/04/2014 | 9:08 pm


Lebih banyak negara telah menyuarakan hasrat dan kesediaan membantu dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, yang masuk hari ke-39, Rabu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata:”Tatkala kami meneruskannya (misi pencarian)…jika sesetengah negara mungkin mahu mengurangkan pembabitan, terdapat negara lain tampil menawarkan bantuan.

“Kami mempunyai rakan di Timur Tengah yang mahu membantu tetapi mereka tidak mempunyai aset untuk memberi bantuan langsung, (jadi) kami perlu mencari cara dan kaedah tentang bagaimana mereka boleh memberikan atau memulakan bantuan,” katanya.

Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan enggan mengulas lanjut tentang negara-negara yang telah menawarkan bantuan.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian antara SME Ordnance Sdn Bhd (SMEO) dengan Rheinmetall Waffe Munition GmbH, Poly Group China dan Thai Arms Co Ltd Thailand pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014 di Kuala Lumpur.

Bagi pihak Malaysia, Hishammuddin menegaskan kerajaan sentiasa komited dan tidak pernah memperlahankan usahanya untuk mencari pesawat itu.

Beliau berkata ini terbukti apabila Malaysia menghantar sebuah lagi kapal Bunga Mas 6 ke perairan Perth, Australia, untuk membantu operasi pencarian itu.

“Saya fikir, bagi pihak Malaysia, kami tidak akan memperlahankan (usaha pencarian) kerana ini adalah janji yang kami buat kepada anggota keluarga (penumpang MH370),” katanya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

–BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger