Home » » BIBLE: "Saya Dinasihatkan Untuk Tangguh Pemulangan Naskhah Itu.." - Khalid

BIBLE: "Saya Dinasihatkan Untuk Tangguh Pemulangan Naskhah Itu.." - Khalid

Written By Unknown on 16/04/2014 | 9:13 pm



Kerajaan Selangor menangguhkan pemulangan naskah ‘Bible’ mengandungi kalimah Allah kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) sehingga siasatan Jabatan Peguam Negara selesai.

Bernama melaporkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Penasihat Undang-Undang Negeri telah menasihatkan supaya kita menangguhkan keputusan (pemulangan Bible) itu sehingga kita dapat selesaikan perkara ini dengan pihak Peguam Negara,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, Rabu.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dalam sebuah portal berita hari Rabu dilaporkan mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid berikutan keputusan BSM untuk berpindah dari Selangor dan perkara rampasan lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lepas.

Selain Gobind, juga mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Menteri Besar itu tidak berusaha sebaiknya dalam menyelesaikan isu rampasan Bible berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai kritikan itu, Abdul Khalid berkata beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin negeri yang perlu membuat keputusan berlandaskan undang-undang.

“Sebagai orang yang memimpin negeri saya mesti ambil kira peruntukan undang-undang dan peranan JAIS serta Majlis Agama Islam Selangor dalam sebarang tindakan yang diputuskan,” katanya.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger