Home » » #MH370 ; Laporan Akhbar NST Akan Di Siasat, Anak Kapal Call Ketika 5000 Kaki Di Udara

#MH370 ; Laporan Akhbar NST Akan Di Siasat, Anak Kapal Call Ketika 5000 Kaki Di Udara

Written By Unknown on 12/04/2014 | 4:47 pm

9M-MRO11

PIHAK Kementerian Pengangkutan akan meneliti laporan muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan akan membuat kenyataan berkenaannya secepat mungkin, menurut laporan AFP.

Menurut laporan NST, satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.


Panggilan itu itu dikesan oleh satu menara komunikasi sebuah syarikat komunikasi mudah alih di Pulau Pinang.

Sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang.

Akhbar itu difahamkan panggilan itu turut disertakan dalam siasatan kejadian kehilangan MH370 sejak 8 Mac lepas bagi merungkai apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat berkenaan.

Pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan. – MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger