Home » » Keputusan Catuan Bekalan Air Dibuat Kerajaan Selangor, Bukan Syabas!

Keputusan Catuan Bekalan Air Dibuat Kerajaan Selangor, Bukan Syabas!

Written By Unknown on 12/04/2014 | 4:31 pm

Priscilla Alfred

Keputusan melanjutkan tempoh pelan catuan bekalan air di Selangor dibuat oleh kerajaan negeri, bukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, masih ramai pengguna keliru tentang kerajaan negeri yang mempunyai kuasa berhubung perkara itu

“Adalah dimaklumkan bahawa keputusan untuk meneruskan atau melanjutkan tempoh pelan catuan bekalan air ini adalah di bawah kuasa kerajaan Selangor.

“Syabas hanya diarahkan untuk melaksanakan pelan catuan ini sahaja,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Priscilla berkata, perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat masih berjalan seperti yang dirancang.

Menurutnya, pelan catuan bekalan air itu dilaksanakan atas keputusan kerajaan Selangor setelah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Jelasnya, kerajaan Selangor melaksanakan pelan catuan bekalan air bagi menghadapi kekurangan bekalan air mentah disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup.

Tambahya, pelan catuan bekalan air itu juga berikutan paras simpanan air mentah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates telah menurun ke paras yg kritikal.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger