Home » » Mayat Mendiang Karpal Akan Dibakar Ahad Ini

Mayat Mendiang Karpal Akan Dibakar Ahad Ini

Written By Unknown on 18/04/2014 | 2:15 pm




Penang – Mayat mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya dekat Gua Tempurung, Gopeng, Perak semalam di jangka akan dibakar pada petang Ahad ini.

Menurut wartawan Astro Awani, Harris Hardy Hakim sebelum upacara pembakaran, mayat mendiang akan di bawa ke Dewan Sri Pinang bermula jam 9.00 sehingga 11.00 pagi untuk upacara penghormatan terakhir.

Sejurus selepas upacara penghormatan itu, mayatnya akan dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat Batu Gantong sebelum abunya ditaburkan ke laut.

“Orang ramai juga dibenar ziarah mendiang #KarpalSingh di kediamanya sehingga lewat petang Sabtu” jelas Harris melalui akaun twitter.

Anak sulung mendiang, Gobind Singh Deo sebelum ini memberitahu urusan pengkebumian itu akan dimaklumkan setelah segala urusan yang perlu dilakukan selesai.

“Kami bercadang melangsungkannya sama ada pada petang Sabtu atau pagi Ahad untuk membolehkan sahabat handai datang memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga meminta orang ramai memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk mengharungi waktu yang sukar ini.

Video ada d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger