Home » » Kos Membela Panda Dari China RM25 Juta !!

Kos Membela Panda Dari China RM25 Juta !!

Written By Unknown on 12/04/2014 | 2:40 am



PAS mula menjadikan kos membela 2 ekor panda dari China sebanyak RM 25 juta sebagai isu untuk menuduh kerajaan BN sebagai membazirkan wang rakyat, selain bermewah tidak kira tempat.

Hakikatnya kos itu adalah dikira secara kasar untuk tempoh 10 tahun – bukan setahun seperti yang difahamkan budak-budak PAS. Harakah sendiri sebut kos itu meliputi makanan RM 180,000 sebulan (10 tahun = RM 21.6 juta) dan RM 300,000 kos insuran setahun SELAMA 10 TAHUN (RM 3 juta) .

Memang, kalau nak dihujahkan boleh saja tuduh membazir (walaupun 10 tahun). Tapi ini bukan sekadar keluar wang untuk bela 2 ekor beruang saja tapi lebih daripada itu terutama dalam nak menunjukkan keakraban Malaysia dan China dalam pelbagai bidang, terutama ekonomi.

Nilai dagangan Malaysia-China untuk Januari tahun 2014 sahaja sudah mencecah RM 121 billion!! 

Bandingkan dengan RM 2.5 juta setahun ni (atau RM 25 juta sekalipun), kecil sangatlah.

Panda ini mungkin tidak penting pada PAS kerana parti itu hanya memerintah sebuah negeri termundur dari segala segi – Kelantan, tahu apa pasal hubungan antarabangsa?

Sedikit yang PAS tahu bahawa binatang ada kepentingan tersendiri dari segi hubungan dua hala antara China dan Malaysia. Selain unik dan hampir pupus, negara itu turut tidak membenarkan beruang tersebut menjadi hak milik mana-mana negara lain di dunia, melainkan secara pinjaman, seperti yang diberikan kepada Malaysia sekarang.

Itu pun bukan semua negara yang China bagi pinjam, hanya yang ada hubungan baik sahaja. Jadi, dalam keadaan sedikit tegang antara 2 negara berikutan tragedi kehilangan MH370 ini, perbelanjaan ‘sekecil’ ini untuk menjaga panda tersebut amatlah wajar

Bak kata orang ekonomi (sesuatu yang PAS tidak akan faham), you have to spend money to make money!!

Sudah tentu ada kos yang perlu ditanggung, bukan panda itu ada duit untuk beli makanan sendiri, kitalah yang perlu menyediakan makanan untuk mereka. Kalau tak bagi makan dan binatang itu mati, boleh jadi isu antarabangsa kerana menganiaya binatang yang jarang dijumpai

Tak sebut lagi menambah keruh hubungan dengan China, itulah yang PAS suka kan?

Dalam masa sama PAS jangan lupa, kerajaan belanja RM 30 billion setahun untuk subsidi kepada rakyat, 10 tahun sudah RM 360 billion dan itu hanyalah anggaran, jumlahnya sudah tentu lebih lagi berikutan jumlah rakyat yang semakin bertambah.

Lainlah kalau PAS boleh buktikan, dek kerana keluar belanja RM 25 juta untuk 10 tahun bagi membela panda ini telah menyebabkan ada rakyat negara ini yang tercicir dari menerima subsidi, barulah layak kita katakan perbelanjaan tersebut membazir.

Senang cakap, bodoh benarlah PAS ni bila mempertikaikan perbelanjaan yang mempunyai kesan jangka panjang seperti ini.

Baca juga d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger