Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh sepatutnya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu liwat yang terpalit pada Anwar selama ini.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, Karpal sewaktu Anwar bersama kerajaan sering membangkitkan isu salah laku seks ketua pembangkang tersebut.
“Karpal pernah mencabar Anwar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana menurut Karpal sudah ada laporan polis terhadap salah laku seks Anwar.. Cabaran Karpal dilakukan di Dewan Rakyat dan sudah semestinya dakwaan dan tuduhan itu dicatat dalam hansard.
“Lebih hebat lagi apabila Karpal muncul sekali lagi dalam berita perdana 2008 meminta Anwar bertaubat kerana menimbulkan banyak masalah kepada negara,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ramesh berkata, Karpal pernah mendakwa Anwar meliwat dan menjalinkan hubungan dengan ramai wanita dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang juga pernah menuduh Anwar mempunyai hubungan dengan 26 wanita.
Malah, dakwanya, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga pernah menjaja kisah liwat Anwar dalam ceramahnya dengan menggelar Anwar Al-juburi.
“Bagiamanapun sehingga kini Karpal, Kit Siang dan Mat Sabu belum memohon maaf kepada Anwar,” dakwanya. – mynewshub.my
foto hiasan..Azizan yang dakwa dirinya d liwat Anwar sebanyak 17 kali..termasuk dalam kereta dan akhirnya kalah dalam perbicaraan sebab Azizan lupa tarikh dan tempat kejadian..(17 kali=berapa tempat?)
Post a Comment