Penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hampir pasti berjaya mempertahankan jawatan tersebut apabila didapati mendahului dua lagi calon timbalan presiden pada Pemilihan PKR hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Azmin mendapat undian tertinggi di enam negeri terutama di Kelantan iaitu sebanyak 1,259 undi meninggalkan calon lain, Datuk Saifuddin Nasution (806 undi) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (667 undi).
Sumber memberitahu, Azmin terus popular di Pahang apabila meraih 412 undi manakala Saifusin (317 undi) dan Abdul Khalid (351 undi).
“Melaka juga memberi undian tinggi kepada Azmin dengan 393 undi berbanding hanya 250 undi yang diperoleh Abdul Khalid dan 249 undi diperoleh Saifuddin,” katanya.
Sementara itu, Azmin juga mendahului calon lain di Sarawak, Terengganu dan Johor bagi kekal memegang jawatan nombor dua parti itu.
Suara.tv
Post a Comment