Home » » HUDUD: Potong Tangan Tanpa Anestesia Tidak Boleh Dilakukan Pakar Bedah – IMAM

HUDUD: Potong Tangan Tanpa Anestesia Tidak Boleh Dilakukan Pakar Bedah – IMAM

Written By Unknown on 28/04/2014 | 6:39 pm

Pakar bedah tidak boleh melakukan pemotongan untuk pelaksanaan hudud kerana hukuman seperti itu mesti dilakukan tanpa anestesia, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM).

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Presiden IMAM Prof Datuk Dr Abdul Rahim Mohamad (kanan) berkata, pemotongan anggota badan tanpa anestesia bertentangan dengan sumpah pakar perubatan.

“Para doktor, yang memotong anggota badan berpenyakit, melakukannya menggunakan anestesia supaya tidak menyakitkan.

“Moral hukuman hudud untuk memberikan kesakitan, ketakutan, penyesalan dan taubat kepada pesalah sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi jenayah dan hukuman terbuka menjadi penghindar kepada salah laku jenayah sama di masa akan datang,” katanya.

Justeru, katanya, penggunaan anestesia menghalang maksud sebenar pelaksanaan hudud.

IMAM bagaimanapun mengakui terdapat perbezaan pandangan antara mazhab berhubung peranan doktor dalam pelaksanaan hudud dan mereka terbuka kepada perbincangan. – Malaysiakini.com

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger