Home » » Foto Kemalangan Ngeri, Minta Isteri Jangan Tinggalkannya Kerana Kaki Kena Potong...

Foto Kemalangan Ngeri, Minta Isteri Jangan Tinggalkannya Kerana Kaki Kena Potong...

Written By Unknown on 25/04/2014 | 12:30 pm

trak

Suining – Cinta itu buta atau manusia yang buta? Itu persoalan yang ditanyakan oleh orang ramai di bandar ini selepas seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya, hanya mahu diselamatkan sekiranya isterinya mengesahkan akan terus mencintainya meskipun dia cacat.

Lelaki tersebut, Kong Huang, 35, ketika itu terperangkap dalam traknya yang dipenuhi muatan pasir selepas dia terlanggar sebuah kenderaan lain.

Ketika pasukan penyelamat tiba di situ, mereka memberitahu Huang bahawa sebelah kakinya terpaksa dipotong dalam proses menyelamat tersebut.

Namun Huang enggan dan mahu menghubungi isterinya terlebih dahulu sebelum diselamatkan meskipun ketika itu kecederaannya semakin serius.

“Adakah awak akan mencintai saya meskipun saya hanya ada sebelah kaki,” demikian soalan yang ditanyakan kepada isterinya.

Setelah wanita itu mengesahkan cintanya kepada Huang, barulah dia memanggil pasukan penyelamat “teruskan, saya boleh terus hidup’.

Selepas beberapa jam, Huang berjaya diselamatkan dengan sebelah kakinya terpaksa dipotong.

“Saya bersyukur kerana mendapat cinta yang tidak berbelah bagi terhadap isteri saya. Saya amat bertuah,’’ katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger