Home » » DAP Tidak Puas Hati Sekolah Tolak Majlis Ingati Karpal

DAP Tidak Puas Hati Sekolah Tolak Majlis Ingati Karpal

Written By Unknown on 23/04/2014 | 6:36 pm

Jabatan Pendidikan telah menolak penggunaan sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk majlis memperingati Karpal Singh kerana ia dilihat sebagai satu acara politik, kata penganjurnya DAP dalam satu sidang akhbar hari ini.

Majlis peringatan itu dijadualkan berlangsung malam esok di SJK (C) Chung Kwo berhampiran Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, kata pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

“Saya sedih untuk mengatakan bahawa (penggunaan) tempat itu telah ditolak oleh Jabatan Pelajaran.

“Apa yang saya faham, guru besarnya telah diberitahu bahawa kerana ini adalah satu acara politik, ia tidak boleh diadakan di premis sekolah.”

Katanya, beliau telah dimaklumkan tentang perkembangan terkini itu oleh seorang ahli lembaga pengarah sekolah tersebut pagi ini, dan ini kemudiannya disahkan oleh guru besar.

Suara.Tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger