Home » » Daim Saran Najib Lepaskan Jawatan Menteri Kewangan

Daim Saran Najib Lepaskan Jawatan Menteri Kewangan

Written By Unknown on 23/04/2014 | 6:50 pm

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa kerajaan memenuhkan portfolio Menteri Kewangan bagi memastikan sistem kewangan dan perbelanjaan negara berjalan dengan lebih baik.

Bercakap dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin yang membicarakan topik “Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu?”, beliau yakin aliran perbelanjaan negara dapat diurus dan ditadbir dengan baik sekiranya portfolio Menteri Kewangan dipenuhkan.

“Ini adalah isu serius, kerajaan Malaysia berhutang RM600 billion setahun kerana tidak pandai mengurus sistem kewangan dengan baik, ini menyebabkan belanjawan negara jadi tinggi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.

“Sistem kewangan negara perlu dikaji semula, kerajaan harus bijak mengurus dan mentadbir perbelanjaan negara supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, dasar pincang yang diamalkan kerajaan merupakan faktor utama masyarakat mula menyokong pihak pembangkang.

“Bila perbelanjaan harian meningkat, rakyat akan mula rasa terbeban dengan sistem yang diamalkan kerajaan, sebab itulah pihak pembangkang semakin kuat disokong rakyat.

“Kerajaan tidak boleh marah atau tidak puas hati atas keputusan rakyat yang kini semakin berpihak kepada pembangkang, kerana amalan kerajaan masa kini banyak membebankan rakyat,” jelasnya.

AAKJ : Malas nak ulas panjang..Daim wajib bersyukur zamannya tidak perlu berhadapan dengan media sosial..perang persepsi dll d alam maya..bagi Aakj..cara Daim nak bersyukur..bagilah idea terbaik..bukan turut sama cipta persepsi..

Suara.tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger