Baca Anwar kaki goreng d SINI
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini mengakui beliau memiliki sebuah bank di Tanzania, seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Namun, Daim menafikan dakwaan beliau menyalahguna kuasa berhubung pemilikan bank itu, lapor Berita Harian hari ini.
Daim mempersoalkan cubaan ketua pembangkang itu yang kononnya berunsur penyelewengan berkaitan dirinya memiliki perniagaan itu.
“Ya… memang saya punyai bank di sana (Tanzania)… sudah lama. Anwar juga tahu sebab dia mengambil alih menteri kewangan daripada saya dulu.
“Semasa Anwar jadi menteri kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa menangani rasuah (peringkat Kabinet)… mengapa pada waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya.
“Saya sudah dua kali disiasat (tentang isu itu) pada 1999, tidak ada apa-apa pun (kesalahan),” katanya, seperti yang dilapor Berita Harian.
Sehubungan itu, lapor akhbar itu, Daim mendesak ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengemukakan bukti kukuh kepada pihak berkuasa untuk membuktikan dakwaannya.
“Anwar ini, cakap sahaja… bukti tiada pun,” katanya sambil memaklumkan keputusannya membuka bank di Tanzania adalah atas permintaan ketua negara berkenaan ketika itu yang inginkan beliau membuat pelaburan di sana.
Sebelum ini, Anwar dalam beberapa siri ceramahnya menyatakan beliau ada bukti penyelewengan dan salahguna kuasa Daim, termasuk kaitan dengan pemilikan sebuah bank di Tanzania.
Ketua Umum PKR itu mendakwa beliau mempunyai bukti penyelewengan besar bekas menteri kewangan itu.
Post a Comment