Home » » Anwar Bukan Lagi "Darling Of The West"

Anwar Bukan Lagi "Darling Of The West"

Written By Unknown on 28/04/2014 | 9:28 pm



Ketua Umum PKR yang selama ini mendabik dada mempunyai negara Barat sebagai sahabat baiknya sudah tentu tidak tidur malam apabila Presiden Barack Obama menolak hasrat Anwar Ibrahim untuk bertemu beliau pada lawatan rasmi ke Malaysia.

Penolakan Obama sudah tentu mengimbau kembali pengalaman pahit Anwar apabila Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Turki juga menolak pelawaan Anwar untuk bertemu dengannya ketika pemimpin tersebut membuat lawatan rasmi ke Malaysia tidak lama dulu.

Untuk menutup malu kerana disisih oleh seorang yang beliau anggap sebagai kawan baik, Anwar pun kononnya membuat alasan berada di luar negara ketika Erdogan berada di negara ini.

Lain pula dengan Obama yang tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar secara rasmi atau sebaliknya.

Walaupun pemimpin pembangkang terutamanya dari PKR sering kali berkunjung ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan pemimpin Amerika Syarikat serta memburuk-buruk pemimpin negara, namun ini tidak menjejaskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Malaysia.


Sebagai kuasa besar dunia. Amerika menganggap Malaysia sebagai rakan dagang penting serta melihat negara ini sebagai model yang baik dicontohi oleh dunia Islam.


Malaysia sentiasa memainkan peranan penting dalam meredakan pergolakan politik antarabangsa khususnya yang berhubungkait dengan negara-negara Islam dan ini telah menjadi asas penting pandangan Amerika terhadap negara ini.


Ia juga akur apa yang dilakukan oleh pembangkang terutamanya Anwar untuk terus menyerang kerajaan Malaysia ketika berada di luar negara adalah satu helah politik untuk beliau mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.


Anwar tidak pernah memberi pandangan yang membangun terhadap negaranya sendiri malah sentiasa mencuri peluang untuk mecaci dan mencerca apabila ditemuramah media asing.

Bagi Amerika apa yang penting adalah mengeratkan hubungan dengan negara sahabat walaupun ia juga juga melihat isu-isu berkaitan demokrasi sebagainya.

Malah Obama sendiri pernah membuat kenyataan memuji pentadbiran kerajaan sebagai dinamik berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi yang sihat.

Mungkin sebab itulah presiden Amerika itu menolak bertemu dengan Anwar kerana percaya tindakan itu adalah tidak produktif dari segi hubungan dua hala yang telah terjalin dengan baik sejak puluhan tahun lalu.

Lagipun berbanding dengan era Al Gore, bekas naib presiden Amerika Syarikat yang membuat kenyataan menyokong gerakan reformasi ketika menghadiri mesyuarat APEC pada tahun 1998, pendekatan pentadbiran Obama adalah jauh berbeza.

Obama lebih menumpukan untuk menguatkan hubungan dengan Malaysia yang agak terjejas akibat kenyataan angkuh dan biadap Al Gore.

Jika Anwar menganggap Obama adalah Al Gore maka beliau silap besar kerana keutamaan pentadbiran Amerika sudah menjauhkan sikap menyokong pemimpin pembangkang itu.

Malah Anwar sudah tentu mengigit jar apabila tidak sampai dua bulan lawatan Erdogan, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak pula membalas dengan lawatan rasmi ke negara ini.

Ini membuktikan walaupun Anwar berusaha keras untuk merosakkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Turki, namun pemimpin kedua-dua negara itu bukanlah sebodoh yang disangka beliau.

Bagi mereka ketua pembangkang itu sudah menjadi 'political has been' yang tidak lagi relevan kepada politik global yang mementingkan kerjasama daripada konflik.

Apa yang diingini oleh Anwar adalah situasi konflik dalam sebuah negara yang berjaya membangunkan ekonomi dan status rakyat daripada keadaan yang dhaif dan serba kekurangan sebelim merdeka kepada satu kuasa ekonomi rantau yang kuat dan mantap.

Tujuan beliau semata-mata adalah untuk meruntuh binaan teguh yang berjaya didirikan di bawah sebuah kerajaan yang progesif dan bijak mentadbir negara sejak merdeka.

Jika dahulu Anwar ditimang-timang oleh majalah Time sebagai 'the darling of the West' kini harapan beliau untuk mempengaruhi negara Barat menyokongnya sudah pudar dan malap.

Ekonomi kini adalah lebih penting daripada agenda politik yang ingin dibawa oleh pemimpin PKR dan negara Barat sudahpun melihat kesan dahsyat krisis ekonomi yang begitu perit terpaksa mereka hadapi.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger