Tulungagung: Polis terpaksa campur tangan dan menyelamatkan seorang kiai dan keluarganya serta beberapa murid lain selepas mereka diserang penduduk kampung yang menuduh lelaki terbabit menyebabkan seorang pelajar hamil.
Kiai Jaz, 50, berasal dari Desa Sidem di daerah Gondang, masih ditempatkan di balai polis Tulungagung bagi mengelakkan dia menjadi mangsa rusuhan.
Ketua Polis Tulungagung, Lahuri berkata, pihak berkuasa cuba berunding dengan penduduk untuk membenarkan kiai itu pulang namun mereka tetap bercadang untuk mengancam keselamatannya.
“Sebelum diselamatkan, Jaz sempat dipukul penduduk kampung,” katanya. Lahuri berkata, Jaz bernasib baik kerana polis tiba tepat pada masanya untuk menyelamatkan lelaki terbabit.
Katanya, Jaz menjadi sasaran kemarahan penduduk kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar berusia 15 tahun.
Bagaimanapun, Lahuri berkata, polis percaya pelajar perempuan itu hamil hasil hubungannya dengan seorang pelajar lelaki di situ.
Malah, kata Lahuri, mereka sudah bernikah secara rahsia pada 14 Ogos tahun lalu. Petang kelmarin, sekumpulan penduduk yang simpati kepada Jaz datang ke balai polis dan meminta dia dilepaskan kerana polis tidak cukup bukti untuk menahannya.
Polis kemudiannya mengumpulkan penduduk kampung yang berbeza pendapat itu untuk menerangkan keputusan siasatan bagi menjernihkan kembali keadaan dan pertelagahan masih berlaku. -Agensi
foto hiasan
Post a Comment