Home » » Perak Terkini ; Foto 114 Penganut Syiah Di Tangkap

Perak Terkini ; Foto 114 Penganut Syiah Di Tangkap

Written By Unknown on 11/03/2014 | 1:00 pm



Taiping : Seramai 114 orang termasuk lapan warga asing yang dipercayai pengikut ajaran Syiah, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan Gerik, di sini, ketika meraikan satu majlis malam kelmarin.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu, seramai 54 lelaki, 28 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tujuh hingga 70 tahun ditahan.


Operasi besar-besaran itu membabitkan 150 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan lokasi rumah itu terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama sempadan Gerik dan Selama, di sini.

Ketua Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kegiatan meragukan kumpulan terbabit terbongkar selepas seorang pengikutnya memaklumkan kepada polis berhubung aktiviti yang diadakan di sebuah rumah penduduk di kawasan berkenaan dan meminta pihak JAIPk supaya tidak mengganggu aktiviti yang mereka jalankan.

“Susulan daripada laporan yang meragukan, polis kemudian menjalankan siasatan terperinci bersama JAIPk dan memantau aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit sebelum melakukan serbuan.

- Metro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger