PRK Kajang adalah PRK paling kotor dalam sejarah kerana ia
diadakan semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang gila
publisiti.
Ramai melihat PRK Kajang sebagai petanda Anwar panik dan juga
buntu dalam menghadapi rayuan kes liwatnya di mahkamah. PRK ini adalah cara terbaik untuk
Anwar mengalih perhatian rakyat dari kes tersebut. Di samping itu, PRK Kajang juga boleh
dijadikan alasan terbaik untuk Anwar menyalahkan BN sekiranya beliau kalah
dalam perbicaraan nanti. Skrip
yang dijangka ialah ‘BN telah memastikan Anwar kalah di mahkamah kerana
takut beliau menjadi Menteri Besar’.
Perkembangan terbaru mengenai isu air dan juga pergolakan dalaman
PKR yang semakin meruncing, membuatkan Anwar semakin buntu.
Anwar menjangka beliau boleh menggunakan sepenuhnya kempen di
Kajang untuk meningkatkan sentimen agama dan perkauman melalui isu Kalimah
‘Allah’. Harapan
beliau, keadaaan akan semakin buruk menjelang rayuan kes liwatnya. Dijangka, momentum ketegangan
akan dipertingkatkan sehingga ke hari keputusan
perbicaraan diumumkan.
Malang bagi Anwar kerana rakyat sudah tidak ada masa
untuknya. Semua orang sibuk
menguruskan masalah masing-masing, terutama masalah air dan juga denggi di
Selangor. Malah,
Anwar ke mahkamah juga tanpa ditemani ribuan penyokong sepertimana tahun-tahun
sebelumnya. Ramalan
bahawa Anwar akan keseorangan di penghujung hidupnya nampaknya kian menjadi
nyata.
Namun begitu, ini tidak bermakna Anwar akan berserah dan pasrah sahaja. Kita pasti, Anwar telah bersedia
dengan ‘Pelan B’ sekiranya momentum di Kajang tidak meningkat sepertimana yang
dirancangnya.
Oleh itu, kita percaya yang Anwar tidak akan bertanding di
Kajang. Antara desas-desus
yang didengar ialah Anwar akan meletakkan orang yang signifikan juga di Kajang
tetapi bukan dirinya.
Tidak tahu apa yang Anwar harapkan dari perancangan ini. Mungkin tiada apa-apa, tetapi sekadar
untuk menjaga air muka bagi memperlihatkan beliau masih mampu mengatur
langkah. Nurul Izzah dan
Wan Azizah adalah antara nama yang disebut untuk menggantikan Anwar di
Kajang. Kita tidak pasti
bagaimanakah mereka ini akan mampu menjadi pemangkin kepada Anwar untuk ke
Putrajaya.
Namun, apa yang pasti ialah Anwar sudah kehabisan langkah. Beliau sudah sampai ke penghujung
jalan yang salah, dan kini sedang berdiri di hadapan pintu penjara.
Wan Azizah atau Nurul Izzah mungkin boleh menggunakan platform
Kajang untuk meraih simpati terhadap Anwar. Pun begitu, Anwar sendiri tahu
bahawa airmata mereka juga sudah tidak berapa laku lagi.
Justeru, kita percaya, seperti juga kita semua, Anwar sendiri
tidak tahu apakah perancangannya seterusnya melalui PRK Kajang. Apa yang kita tahu, BN akan bekerja
bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Kajang tidak teraniaya dan
pembaziran yang berlaku atas sebab terpaksa melayan kerakusan nafsu politik Anwar
dalam PRK ini, tidaklah sia-sia.
foto ; Inikah alasan mangkok taik ni tiba2 menggelupur nak bertanding d kajang dan jadi MB..kononnya BN nak sekat dia?
Post a Comment