Home » » #pray4MH370 ; Foto Artis Malaysia Juga Turut Bersama Solat Hajat

#pray4MH370 ; Foto Artis Malaysia Juga Turut Bersama Solat Hajat

Written By Unknown on 10/03/2014 | 2:31 pm

AZNIL

Insiden kehilangan pesawat MH370 turut mendapat perhatian sebahagian besar selebriti tempatan yang turut prihatin dengan nasib penumpang dan krew penerbangan MH370.

Antaranya pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi dan penyampai radio Era FM, Zahid, Adifashla termasuk Damien VE telah melakukan solat hajat secara berjemaah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, malam tadi bagi memohon pertolongan serta petunjuk dari Allah SWT berhubung insiden itu.

Selain itu, pelakon yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia, Ika Nabella turut menghebahkan satu solat hajat akan diadakan di Masjid Kota Damansara yang dijadualkan berlangsung selepas solat Isyak malam ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penumpang MH370.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir Baharom menyarankan kepada semua pengurusan masjid di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat berjemaah bagi mendoakan serta memohon petunjuk berhubung pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.



mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger