Sebuah akhbar tempatan hari ini didapati membuat laporan yang dilihat tidak kena dengan ‘tempat’ berhubung insiden pesawat malang MH370.
Dalam artikel itu, akhbar terbabit menyiarkan beberapa kemungkinan yang mungkin menjadi penyebab kepada misteri kehilangan MH370.
Namun, yang tak sedapnya, juruterbang membunuh diri turut diselitkan sebagai salah satu daripada kemungkinan yang mungkin wujud dalam perkara ini.
Walaupun ini cumalah telahan dan andaian sahaja, namun seharusnya penulis itu memikirkan perasaan ahli keluarga Kapten Zaharie Mohd Shah dan juga juruterbang, Fariq Abdul Hamid yang mungkin terkesan dengan artikel dangkal sebegitu.
Diharapkan selepas ini semua pihak media, dan orang ramai di luar sana lebih berhati-hati apabila menulis sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik agar tidak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak berhubung insiden MH370.
mynewshub
Post a Comment