Home » , » #MH370 ; Terbaru, Ceo MAS Kena Marah Sessi Bersama Keluarga Penumpang !!

#MH370 ; Terbaru, Ceo MAS Kena Marah Sessi Bersama Keluarga Penumpang !!

Written By Unknown on 27/03/2014 | 6:07 pm


SesiMarah

SATU taklimat untuk ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya tegang dan panas dengan provokasi dari ahli keluarga tertentu.

Sesi berkenaan diadakan selepas pengumuman penting Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa pesawat berkenaan telah mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi hasil analisis data satelit Inmarsat.

Program itu diadakan dalam keadaan tertutup dan wartawan dilarang menghadirinya dan membuat liputan.

Video rakaman peribadi daripada seorang ahli keluarga dimuatnaik di Laman YouTube pada semalam.

Seorang wanita dilihat paling banyak bersuara dan butiran percakapannya tidak jelas tetapi dia banyak bertanyakan soalan provokasi dan mengajak para ahli keluarga lain mengkritik Ahmad Jauhari yang terus tenang menjawab soalan mereka.

Kedengaran juga permintaan dari sesetengah ahli keluarga yang mahukan media hadir di dalam bilik berkenaan supaya berita sesi itu dapat diketahui seluruh dunia.-

Biarpun, Malaysia memainkan peranan hebat dalam menyelaras operasi mencari melibatkan pelbagai negara tetapi bagi mereka, rela membiarkan media asing terus mengkritik dan menyelar cara Malaysia mengendalikan krisis.

Kedengaran juga seorang lelaki berkata “Lepas tu tuduh Kapten Zaharie pula,”.

Perlu diketahui data satelit yang dianalisis menunjukkan sistem transponder dan ACARS di dalam pesawat berkenaan telah dimatikan secara sengaja dan ia dilihat diterbangkan dengan cara untuk mengelak dari dikesan radar.

Selain itu, pihak yang menuduh juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ialah media asing dan bukan dari pihak kerajaan Malaysia.

Apapun, satu pujian harus diberi kepada Ahmad Jauhari kerana terus tenang mengendalikan sesi berkenaan dibantu beberapa orang lagi kakitangan MAS yang turut hadir dalam sesi berkenaan. – MYNEWSHUB.MY


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger