Home » » Jangan Guna Air Bersih Untuk Cuci Kereta - Syabas

Jangan Guna Air Bersih Untuk Cuci Kereta - Syabas

Written By Unknown on 02/03/2014 | 2:47 pm


Pengguna air di Lembah Klang dinasihatkan untuk tidak mengguna air bagi tujuan yang tidak penting seperti mencuci kereta dan lain-lain lagi sehingga arahan catuan ditarik balik.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, air yang dirawat sepatutnya digunakan untuk tujuan kritikal sahaja seperti minum, memasak dan mandi.

“Kami telah mengulangi mesej ini di televisyen, radio dan akhbar, Oleh itu kami berharap pengguna akan memainkan peranan mereka dengan tidak membuang air yang berharga sesuka hati,” kata Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred .

Bagi pengusaha mencuci kereta yang telah mencuri air untuk operasi mereka, Alfred berkata, Syabas akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan.

“Mereka menafikan hak pengguna sah, bekalan air sangat berharga ketika ini dan kami akan mempergiatkan operasi terhadap mereka, ” katanya kepada The Star. – mStar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger