Home » » Sultan Johor Beli "MOL" Khas Untuk Rakyat Johor

Sultan Johor Beli "MOL" Khas Untuk Rakyat Johor

Written By Unknown on 19/02/2014 | 9:35 pm


Syarikat Internet, MOL Global Pte Ltd, hari ini mengumumkan persetujuan untuk menjual kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus dalam unitnya, MOL AccessPortal Sdn Bhd (MOL), bernilai US$120 juta (RM396 juta) secara tunai kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pegawai Eksekutif MOL Ganesh Kumar Bangah berkata ia selari dengan hasrat Sultan Johor untuk meningkatkan penglibatan baginda dalam sektor teknologi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

“MOL telah berkembang sebagai syarikat Internet global yang boleh menjejaki asal usulnya penubuhannya di Johor 14 tahun lepas.

“(Jutawan) Tan Sri Vincent Tan, pemegang saham utama kami dan saya sendiri, kedua-duanya rakyat Johor, amat berbesar hati untuk menerima Sultan Ibrahim sebagai pemegang saham MOL untuk meningkatkan syarikat itu ke tahap seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

MOL ialah satu daripada penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian di Asia dan mengendalikan MOLPoints, permainan dalam talian dan platform pembayaran mikro barangan digital.

Selesai pengambilalihan, MOL Global akan mengekalkan 85 peratus pegangan dalam MOL, katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger